Wednesday, 8 June 2011

pemerhatian

Assalamualaikum!saya selalu membuat kajian pemerhatian tentang seseorang itu dalam keadaan yang genting seperti dalam menghadap lawan atau musuh bagi yang mempelajari ilmu mempertahankan diri.
Sesetengahnya bila berlawan mereka tidak dapat atau tidak mengunakan apa yang mereka pelajari kerana mereka tidak dapat berfikir secara waras dalam menghadapi situasi,segala langkah sumbang terjunam.haha!bukannya mudah untuk melatih fikiran untuk bertidak dengan cepat disaat yang genting malah ada yang mempelajari sesuatu bela diri sampai berpuluh-puluh tahun pun bila berlawan masih sumbang,kerana masih tidak dapat berfikir secara betul disaat genting
 Antara puncanya ialah Kemarahan.apabila seseorang itu terlalu marah ia akan bertidak membabi buta dan akan menyerang tanpa berfikir panjang.bagi saya  kesabaran dan keimanan  perlu ada dalam setiap diri manusia ini.kerana kesabaran dan keimanan menunjukan akal fikiran yang waras seseorang itu dan ingatlah marah itu datangnya dari syaitan.
 Seseorang yang bagus ialah seseorang yang boleh mengawal kemarahan,tenang dan berfikir secara waras.apabila fikiran kita waras kita akan dapat menumpaskan lawan dengan lebih mudah kerana bila lawan anda dalam keadaan yang tidak waras ia akan menyerang membabi buta jadi dengan fikiran yang waras anda akan dapat berfikir secara rasional dan bijak untuk mengalahkan musuh anda,tetapi dalam dan luaran fizikal perlulah seimbang fikiran yang baik juga tidak mencukupi kita perlu juga melakukan banyak latihan untuk memantapkan lagi gerak.
BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment