Ahmad Zulfikar Ali
Di sebuah perkampungan melayu lama iaitu Kampung Raya,keadaan malam yang tenang diterangi cahaya bulan yang mengambang penuh mak siah yang sarat mengandung sembilan bulan 10 hari hanya menungu masa untuk melahirkan anak.Tepat pada pukul 12 malam mak siah menjerit kesakitan dan memanggil suaminya iaitu pak mat."Abang tolong siah!rasanya nak beranak dah ni,abang tolong pangilkan bidan kampung kita mak limah"katanya sambil mengurut perutnya.Pak mat tanpa melengahkan masa terus pergi ke rumah mak limah di hujung kampung."Mak limah!oh mak limah!bini aku nk beranak ni!"kata pak mat sambil mengetuk pintu dengan cemas."biar betol mat?!kau tunggu aku persiap aku punya kelengkapan"kata mak limah sambil memakai tudung.
Setelah sampai di rumah,Pak mat terus membawa mak limah naik ke atas rumah dan bawa ke bilik."Siah sabar siah!tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan dan teran sekuat-kuatnya"kata mak limah sambil membetulkan kaki mak siah."argh!!sakit!mak limah tolong siah!tak tahan sakitnya ni!"sambil mencekak kain batiknya."Siah mengucap siah,ikut apa yang mak limah suruh"kata pak mat sambil mengusap rambut mak siah.
Setelah bertarung nyawa hampir tiga jam akhirnya mak siah selamat melahirkan anaknya.Suara tangisan bayi yang masih kecil memecah kesunyian malam yang tenang itu."siah!kau dapat anak lelaki!"kata mak limah sambil mendukung byi yang baru lahir itu."mak limah betul ke?alhamdulillah".kata mak siah sambil menangis kesyukuran."wah!aku dah jadi ayah!"sambil mencium dahi mak siah.Mereka sungguh gembira dengan kelahiran putra mereka yang sulung ini.
Pada hari ketujuh kelahiran anak sulung mereka,diadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul secara kecil-kecil sebagai tanda kesyukuran dan memberi tahu kepada jiran-jiran.Pak mat dan mak siah bersepakat menamakan anak meraka "AHMAD Zulfikar Ali"yang akan menjadi seorang panglima yang gagah dan berani menegakan keadilan,agama,bangsa dan kedaulatan negara kelak besar nanti yang telah ditentukan takdir dan cabaran yang akan dihadapinya
NANTIKAN TULISAN SETERUSNYA!
No comments:
Post a Comment