Tuesday, 6 December 2011


Di akhir berbalik seperti awal semula,
Kekuatan sedang diranca,
Yang mencari pasti dapat,
Seperti yang tersurat,
Ku lihat DIA sedang mengatur yang terbaik,
Sedarlah suda hampir masa,
Yang sedar suda berhijrah,
Allah sedang memanggil semula tentera - tentera Nya,
Untuk kembali berkhidmat setelah lama di ulik mimpi,
Hanya menunggu masa gergasi yang sedang tidur untuk bangun.
BERSEDIALAH !
Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Wednesday, 28 September 2011

Biar putih tulang,jangan putih mata,
Peracun bangsa harus dihapus,
Pengkhianat harus diburu,
untuk menjaga kepentingan bangsa,

kerana nafsu berpecah semua,
harta dan gelaran jadi sandang utama,
hilang tiang runtuh lah rumah,
hilang perpaduan pecah lah bangsa.

Cukup Nya untuk aku


Permainan ku tiada berbunga,
Hanya langkah gerak biasa,
Bukan diajar untuk mencari nama,
Hanya bila maruah tercabar.

Ku belajar membaca si fulan,
Supaya nanti tidak kecundang,
Di akhir zaman banyak dugaan,
Bersiap sedia dengan sepersalinan pakaian.
Apapun jua cara permainan,
Bila sampai masa hanya tawakal caranya,
Hebat mana si fulan itu,
Semuanya berbalik kepada Nya.
 
Gerak selaras dengan usaha,
Dan tak lupa dengan doa,
Solat itu tiang agama,
 Bagi mereka yang mendapatnya.
 
Tanpa Nya kecundanglah kita,
Kerana dunia penuh beracun,
Persiapkan lah diri kita,
Walaupun dengan doa.

Monday, 8 August 2011

bila


bila berisi lagi menunduk 
ingin aku pahlawan tawadduk
bukan pahlawan yang durhaka 
yang mencari hanya celaka 
bila dicabar lawan bukan nya
bila diancam baru dikekangnya
bila diperangi bermati matian lawan nya
biar gugur asalkan mulia


Monday, 4 July 2011





SAMBIL BERSENAM DAN SAMBIL BERAMAL!
BERDEKATAN MASJID KOTA DAMANSARA

Assalamu'alaikum,
Call /SMS Ikhwan
019-369 7567 atau email : iqqhuan@gmail.com
SESIAPA YANG BERMINAT!!

Tuesday, 28 June 2011

KATA KATA



"Islam bermula dengan dagang (asing) dan akan kembali dagang sebagaimana mulanya. Maka berbahagialah orang-orang yang dagang"
-Rasulullah SAW

"I am not educated, nor am I an expert in any particular field... but I am sincere and my sincerity is my credential."MALCOM X.
 
 
“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia”. – Salahuddin Al Ayubi
 
Apa yang saya lihat. entiti haram Israel ditegakkan di atas kekejaman dan perampasan tanah milik orang lain. Apa sahaja entiti yang diasaskan atas dasar itu tidak akan kekal dan akan hancur kerana perpecahan di kalangan mereka sendiri - Syeikh Ahmad Yassin

"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, Pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, Pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, Pastikan dia ialah kamu.”
-Abu A'la Al-Maududi

Monday, 27 June 2011


MASJID KOTA DAMANSARA
Jalan Sepah Puteri 5/21, KOTA DAMANSARA
Petaling Jaya, Malaysia

Created by:

More info
WHAT IS STREET MOI?
The Street Moi is a street defence system belongs to Muay Thai Seah Khao form of Thai Kickboxing ( Muay Thai).The form has been practiced by the family of Hj Zainal Abidin Sheikh Awab for generations.

COURSE DURATION : 6 HOURS
PRICE : MYR :80 PER PAX
DISCOUNT FOR THOSE WHO SIGN UP FOR EMBO MOI
CLASS @ MASJID KOTA DAMANSARA.
VENUE :MASJID KOTA DAMANSARA
DATE : 3rd JULY 2011

COURSE MODULE:
1) Stepping, Body Mechanics, Distancing and Closing.

2) Avoiding : Fast Pucnhes, Fast Kick and Fast Attack.

3) Counters :Punches ,Kicks, Fast Attacks.

4) Ending Counters

5) Breathing Techinique ( The Tsaidang System) to counter stress of confrontation!

Grab this opportunity ! Attend the course if your care of the safety of yourself and your loves one!

The revealation of Street Moi Defence System for non Martial Arts practitioner.

For more info
CONTACT/sms : 019 - 369 7567 (IKHWAN)
e-mail : iqqhuan@gmail.com

SIMPLE ,EFFECTIVE AND STREET SMART!

Note :
Please e-mail with Subject :STREET MOI STREET DEFENCE
for payment method.

Thursday, 23 June 2011

FAKTA MENARIK

1. Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat
eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah
bukit di New Zealand
Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari
kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera
3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari
atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun
ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud
tidak
6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit 
 
 
 
 
Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan
terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan
makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat. --kat malaysia boleh tidur dulu
lepas order, dan kekadang kita orderdulu orang lain yg kemudian order dapat
dulu
. Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam
 jika jerung membuka mulutnya terlalu lama ia 
mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya-einstein pernah menolak tawaran untuk jadi presiden israel pada tahun 1952
-Elemen einstenium, ditemukan tahun 1952, dinamai untuk menghormati einstein
-Foto einstein yg sedang menjulurkan lidah yg sangat populer itu diambil pada ulang tahunnya yg ke 72 oreh seorang fotografer yg terus mengganggunya yg bernama Arthur Sasse, einstein sangat menyukai foto itu hingga ia meng crop foto itu dan memberikan pada teman2 nya.
-Untuk mencegah anak2 laki2 mereka dirasuki roh jahat, zaman dulu kala orang 2 eropa memakaikan baju berwarna biru pada anak2 nya, biru dipilih karena itu adalah warna langit, dan dihubung2kan dengan roh2 yg berada di surga, sedangkan anak2 perempuan nya dipakaikan baju2 berwarna pink.
-Tahun 1700 an di inggris anda bisa membeli asuransi jika, kalau2 anda masuk neraka..

Wednesday, 22 June 2011

KATA KATA

Aku penakut yang berani
Bukan penakut yang pengecut
dan bukan penakut yang melarikan diri
aku penakut yang memberanikan diri
menghadapi segala dugaan,cabaran
 dan berjuang dijalan Nya!
Bila tiba masa aku akan berada dihadapan
walaupun jantungku berdebar laju
ku Gigit Erat Pegangan ku
ku buka langkah laju bila bermulanya era baru

Bertahun menunggu sabar menanti di dalam hati
Sudah tiba masa ku pegang erat dalam hati
Al-Quran dan Sunnah 
ditangan ku  pedang dan perisai
akan ku tentang habis habisan
Pasti akan mencapai kemenangan




KHALIFAH

As Salam!masanya tidak lama lagi!
Ia semakin hampir hanya menunggu masa sahaja!
Marilah kita bersama sama!!
 

Wednesday, 15 June 2011

PAKAR SENJATA!

Samurai!tiada apa yang perlu diperjelaskan lagi kehebatan seni pedang mereka yang sangat hebat memang terkenal diseluruh dunia

Silat!Pendekar Melayu memang terkenal dari sejak zaman dahulu lagi
kehebatan bermain pelbagai jenis senjata Seperti Keris,parang,pisau dan bermacam macam lagi dan tempur jarak dekat(CQC)Kehebatan mereka tidak dapat disangkal!
Ninja juga amat terkenal dengan taktik taktik kotor untuk menumpaskan lawan dengan munggunakan pelbagai sejata  !Seperti kusarigama,shuriken,makibishi dan banyak lagi.

Gatka!Pahlawan yang mahir dalam pelbagai jenis senjata
Seperti Talwar,kirpan,dang,kukri dan banyak lagi 

 Chef!Antara pakar dalam menggunakan pelbagai jenis pisau!hahaha!tetapi bukan untuk bertempur!haha
tetapi masih mahir dalam mengunakan pisau!

Tuesday, 14 June 2011

FIKIR FIKIR

[sim] ARTIKEL : Pergerakan Freemason di Malaysia dan penyertaan umat Islam, Fatwa patut dikeluarkan

Kamarul Irzuan
Mon, 29 Dec 2008 16:23:23 -0800
Artikel ini
ditulis bagi mendesak pihak kerajaan membuat penilaian dan mengkaji
semula kebenaran pergerakan Freemason di Malaysia dan juga jika perlu
Majlis Fatwa Kebangsaan menyeluarkan fatwa menyenai penyertaan kaum
muslim terutamanya bangsa Melayu di Malaysia menyertai pergerakan ini.


Sejarah awal Freemason dan matlamat pergerakan


Freemason
adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason
dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke
Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib.

Untuk bacaan lanjut di Wikipedia sila lawati link ini 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason dan buku tulisan Harun Yahya di 
http://www.harunyahya.com/globalfreemasonry_introduction.php (buku boleh juga 
di download di link ini).

Secara
ringkasnya, ada pelbagai teori tentang sejarah awal pergerakan ini,
antaranya adalah apabila Freemason dikaitkan dengan Kesatria Templar
atau sekumpulan kecil pasukan kesatria yang telah memerangi tentara
Islam di Jerusalem.

Terdapat pelbagai legenda dan teori lain
mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan
kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan
bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta
Yahudi daripada mazhab Essene.

Sesetengah ilmuan Freemason
berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada
pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon's Temple) di Jerusalem pada 967
S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff
yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Maka
berdasarkan teori-terori asal usul ini, pendapat umum mempercayai
selain daripada pergerakkan ini menjalankan aktiviti-aktiviti
kepentingan Yahudi dan zionis yang berselindung disebalik sosial, ada
juga mempercayai bahawa matlamat akhir pergerakan ini adalah untuk
membina semula Kuil Nabi Sulaiman di atas robohan Masjidil Aqsa.
(rujuk: www.Islamonline.net ).


Aktiviti ritual dan kerahsiaannya

Pergerakan
ini konon tidak membenarkan perbincangan mengenai hal agama dan
plolitik dibawa kedalam setiap perjumpaannya di 'Lodge Manson'nya
(rumah pergerakan), kesemua bentuk Freemason berkongsi moral dan
metafizik yang sama dan yang biasanya juga termasuk perisytiharan
perlembagaan terhadap kepercayaan kepada satu Tuhan Yang Maha Agung
(sumber: wikipedia).

Apa
sebenarnya yang berlaku dan bagaimanakah ritual-ritual mereka menjadi
satu kerahsiaan yang amat kuat, sehinggakan semasa perjumpaan
dijalankan pekerja-pekerja biasa dirumah pergerakan tidak dibenarkan
melihat dan semua pintu dan tingkap ditutup rapat. Ada pendapat yang
mengaitkan ritual-ritual mereka bersumberkan amalan kono Yahudi. Namun
begitu, pada masa sekarang ini terdapat banyak amalan ritual mereka ini
yang telah tersebar luas di dalam youtube, para pembaca boleh lawati
contoh di link ini: http://www.youtube.com/watch?v=HyuhhH2g5lY dan banyak lagi 
link video di bawah yang membincangkan tentang apa itu sebenarnya freemason.

        1. http://www.youtube.com/watch?v=B9GAZxTLyNQ&feature=related

        2. http://www.youtube.com/watch?v=qR-pAE003o4&feature=related

        3. http://www.youtube.com/watch?v=AwhVrSsBTxs&feature=related

        4. http://www.youtube.com/watch?v=tRWkoE_ePsM&feature=related

        5. http://www.youtube.com/watch?v=YbgMUKQ1JU4&feature=related

Adakah
pergerakan ini mengamal ritual-ritual sulit yang bertentang dengan
agama Islam, maupun agama lain (ini kerana sejak dari dahulu, pihak
Gereja Kristian juga amat menentang pergerakan ini)? Walau apapun
berdasarkan maklumat yang ada, kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa
Agama Islam Malaysia hendaklah menjalankan risikan dan siasatan
terperinci tentang aktiviti mereka ini, bukan sahaja dari segi ritual
tetapi lebih penting matlamat pergerakan ini.


Bolehkah Ummat Islam di Malaysia menyertai Freemason?

PEWARIS
MALAYSIA amat percaya bahawa freemason mempunyai ritual amalan dan
bermatlamat bertentangan dengan Agama Islam, terlalu banyk komen-komen
dan dokumentari negetif mengenai freemason yang secara jelas
bertentangan dengan Agama Suci Agama Islam, antaranya kita boleh lihat
di link video rencana di bawah;

        1. http://www.youtube.com/watch?v=BLroyYtbf1o

        2. http://www.youtube.com/watch?v=2uMyEkJCXOQ&feature=related

        3. http://www.youtube.com/watch?v=gIN2hZLXrC4&feature=related

        4. http://www.youtube.com/watch?v=IyQ9kR6764k&feature=related

        5. http://www.youtube.com/watch?v=SVEifQd34IA&feature=related

        6. http://www.youtube.com/watch?v=Gp2WP-BDsIs&feature=related

Seorang
Ulama' yang prominen, Sheikh Ahmad Kutty (pensyarah kanan dan ilmuan
Islam di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada) mengatakan:

"As
far as I know, Freemasonry is a secret organization whose beliefs and
practices are totally kept confidential except from those who are
initiated into it. They have levels of secrets which are not divulged
to those who are at lower levels. A Muslim should never fall prey or
give allegiance to something which cannot be scrutinized by the firm
criteria of the Qur'an and the Sunnah. Whoever joins Freemasonry is
like a person who writes a blank check; by doing so he agrees to give
allegiance blindly to an authority to comply with their wishes no
matter what they are.

No
Muslim can surrender his will unconditionally to anyone but Allah. If
anyone has done so, he is guilty of the most blatant violation namely
shirk (associating partners with Allah). Allah says: "Do they have partners 
beside Allah who shall prescribe for them rituals that Allah has not 
sanctioned." (Ash-Shura: 21)"

Delving into the core of Freemasonry and its nature, we would like also to cite 
the following:

"The
Society of Freemasons is a secret organization with aims which are
never officially declared in public. It engulfs itself with a thick
curtain of secrecy to the extent that any new recruit gives a most
solemn oath not to reveal its secrets. He is made fully aware that he
reveals these secrets at peril to his life. Admission to the society is
not open to everyone. In fact, the Society of Freemasons recruits its
members after careful study of their characters and positions. It also
tries hard to enlist in its membership kings, presidents, ministers,
leading politicians and highly influential people. Such people are
given honorary membership that keeps them at the periphery of the
society, which means that they do not share in its decision making and
they are not let into its secrets. Only those who are prepared to work
with dedication for the aims of the society are made aware of these
secrets. This, too, after they have passed certain tests and been
promoted from one degree to another in the hierarchy of the society.

What
attracts people to join the Freemasonry is the assurance of mutual help
which its members pledge themselves to give on joining. A Freemason is
expected to give unlimited support to other members of the society.
Members have certain signs by which they come to know each other, such
as the way they shake hands with other people and certain additions in
their signatures on letters, etc. In countries where Freemasonry is
well established, this can be of great advantage to any member who
shows dedication to the cause.

A
number of people have written about the secret aims of the Society of
Freemasons. These were largely ex-members who left the society after
finding that they could not reconcile themselves to its aims and
purposes. The majority of these cases were in countries where the
society was not able to promote itself well, which, in turn, limited
its membership. This forced it to promote certain members to higher
degrees, which enabled them to know more of the secrets of the society.
Through such people we know that the society has a very strict
hierarchy that keeps members at a low degree until they have passed a
very severe test of loyalty and dedication. We also know that the
society serves the aims of world Jewry and derives its name from that
particular purpose. A "mason" is a builder, and the Society of
Freemasons aims to rebuild the Temple of Solomon in Jerusalem after
destroying Al-Aqsa Mosque because the Jews allege that the mosque has
been built on the site of the destroyed temple.

Everything
that furthers the interest of the Jews and promotes their position in
the world is undertaken by the society. The cover of absolute secrecy
and its strict hierarchy enables it to make use of the positions and
influence of its non-Jewish members to serve the Jewish cause. We have
to understand that many of its members work for the society trusting
that they only serve the causes of liberty, equality and justice. They
remain unaware that they simply serve the cause of giving the Jews
supremacy in world affairs. Freemasonry has over the years earned
itself a number of enemies, most notably the Catholic Church.

In
view of all this, there is no doubt that if a Muslim joins the Society
of Freemasons, he contravenes the teachings of Islam. The aims, policy
and practices of this society are against the principles of Islam and
violate its laws. For example, Islam believes in maintaining justice
among all people, regardless of race, color, family, position or creed.
A Muslim must be fair to all people. Islam forbids favoritism, nepotism
and discrimination on any basis. Freemasons favor one another on the
basis of membership of their society.

Islam
respects other religions. Freemasonry deceives its members into
thinking that they further the cause of a better humanity when they are
actually furthering the interests of those who seek to give the Jews
supremacy over all peoples of the world. Islam is the final message
from Allah to man. It is the religion that supercedes all past divine
messages, including Judaism.

Freemasonry
seeks to destroy Al-Aqsa Mosque in order to rebuild the Temple of
Solomon in its place. How can a Muslim, then, join such a society?

Islam
believes in open methods and declared aims and orders its followers to
be always truthful and to follow a straight path. Freemasonry shrouds
itself in secrecy to cover its wicked practices. If its aims were truly
to promote a better humanity, it would have come out into the open and
declared its aims and policies. Only evil cloaks itself in secrecy
because it wants to hide its repugnant nature."

(sumber link: 
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503547288&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar
 )


Terdapat
banyak lagi pendapat para ulama' yang mengharamkan orang Islam
menyertai freemason atas alasan bertentangan dengan ajaran Islam dan
aqidah umat Islam. Namun begitu jangan terpedaya terdapat juga
orang-orang yang kononnya 'bergerak ilmuan Islam' menghalalkan
penyertaan ummat Islam di dalam pergerakan ini, sebagai contoh sebuah
artikel bertajuk 'Islam and Freemasonry' oleh W.Bro. Shaikh Hatim
Fidahussein Nakhoda PM, link: 
http://www.freemasons-freemasonry.com/islam_freemasonry.html
Pendapat-pendapat golongan ini dibuat demi kepentingan mereka sebagai ahli 
freemason!


Freemason di Malaysia dan rantau Asia Tenggara


Freemason
pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin
bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja
atau menjadi ahli Freemson untuk melonjak naik dalam hierarki negara.
Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur 
Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi 
bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober
1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap
yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong,
China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20,
istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini
bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama
tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji

Kuala Lumpur: 3 loji

Pulau Pinang: 1 loji

lpoh: 1 loji

Kuantan: 1 loji

Kuching: 2 loji

port Dickson: 1 loji

Port Klang: 1 loji

Taiping: 1 loji

Kota Kinabalu: 1 loji

Bangkok: 3 loji

Pattaya: 1 loji

Sumber: wikipedia


Kalau
diperhatikan hanya negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang tidak
mempunyai cawangan Freemason. PEWARIS MALAYSIA agak khuatir dengan
kukuhnya pergerakan ini bertapak di Malaysia sejak sekian lama. Bahkan
terdapat laporan bahawa terdapat juga orang-orang Islam atau Melayu
menyertai pergerakan ini secara aktif atau sulit. Bahkan masa ini ada
juga laporan kalangan ahlinya yang beragama Islam daripada golongan
ternama, professional dan pemimpin.

Maka
kita dapat melihat pembawakan isu-isu terkini semasa samaada secara
kebetulan atau dirancang, bertepatan dengan matlamat dan ideology
pergerakan ini, sebagai contoh hak persamaan antara Agama, dialog
antara Agama, hak persamaan kaum dan banyak lagi. PEWARIS MALAYSIA
khuatir dan berprasangka buruk bahawa isu-isu ini dirancang secara
sulit atau digerakkan secara sulit oleh pergerakan ini ataupun
pergerakan yang berhubungkait dengan mereka bagi mengucar kacirkan
keamanan Negara.


Kerajaan
dan Majlis Fatwa harus mengkaji dan mengeluarkan Fatwa bahawa umat
Islam di Malaysia tidak boleh menyertai freemason atau terus
mengharamkan pergerakan ini

Pergerakan
freemason telah pun diharamkan dinegara lain seperti Saudi Arabia,
Negara Brunei Darussalam, Indonesia, dan banyak lagi termasuklah Negara
bukan bermajoriti umat Islam. Di Iraq seawall sebelum presiden Saddam
Hussein lagi pergerakan ini telah diharamkan, namun semenjak Iraq
diceroboh oleh tentera Amerika, freemason telah bertapak kembali dibawa
masuk oleh Amerika di bawah naungan Grand Lodge dari Amerika.


Maka PEWARIS MALAYSIA mendesak:-

        1. Satu kajian terperinci dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia 
tentang pergerakan ini.

        2. Seterusnya membuat satu keputusan tegas mengenainya.

        3. Para mufti negeri-negeri dan para ulama' di Malaysia membuat kajian 
dan memberi pendapat masing-masing tentang freemason.

        4. Satu Fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang samada 
umat Islam di Malaysia boleh atau tidak menyertai freemason.

        5. Berdasarkan fatwa yang bakal dikeluarkan, mengambil tindakan segera 
dan tegas bagi menepati kehendak Fatwa tersebut.

Kalaulah
isu Yoga yang sesetengah pihak anggap kecil (PEWARIS MALAYSIA: sentiasa
menyokong penuh FATWA tersebut kerana melibatkan isu Aqidah) boleh
dokeluarkan Fatwa, isu mengenai pergerakan ini telah lama sepatutnya
ditangani dengan sepatutnya kerana ianya pada pendapat PEWARIS MALAYSIA
bukan sahaja menyentuh isu aqidah tetapi lebih daripada itu, yang mana
melibatkan perancangan sulit pihak zionis.

Sebagai penutup PEWARIS MALAYSIA amat berharap gesaan ini diambil perhatian 
penuh oleh pihak-pihak berkenaan.


Oleh
Kamarul Irzuan Bin Hj Busu Piah, Setiausaha Agong, bagi pihak
Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu
Malaysia-PEWARIS MALAYSIA (pewarismalaysia.blogspot.com)

Monday, 13 June 2011

JANGAN KEDEKUT MENGELUARKAN HARTA MU!

Janganlah kita kedekut menghulurkan bantuan atau duit 
kepada yang memerlukan seperti orang susah,fakir miskin dan orang yang tidak berkemampuan melakukan pekerjaan..
Asal nampak peminta sedekah meminta sedikit wang sudah kita 
melenting dan memberi pelbagai alasan,duit tak adalah,dompet tertinggal dan bermacam-macam lagi.
Tahukah kelebihan dan kebaikan disebalik sedekah itu,jika anda betul-betul memahami?
 Baiklah topic ini saya cuma terangkan secara ringkas,
kerana kalau tulis panjang lebar pun bukan semua yang mahu baca.Haha!

Jika ingin menjadi kaya saya syorkan anda bersedekah dan keluarkan zakat kerana ia tidak sedikit pun mengurangkan harta kamu dan Allah S.W.T akan membalas dengan lebih lagi dan bertambah harta dan dijauhkan dari kefakiran.Allah akan mengantikan dengan yang lebih baik.Tetapi perlulah kita berusaha juga jika inginkan sesuatu
“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).
YANG PENTING IKHLAS BERSEDEKAH!

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)
“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Hadis diatas ini menunjukan bahawa amalan bersedekah walaupun separuh kurma dapat menyelamatkan kita dari api neraka 
“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).
Hadis ini menyatakan sedekah bersembunyi lebih afdal kerana perbuatan ini lebih dekat kepada ke ikhlasan.
Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.

“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).

Ayat itu menjawab dua soalan pokok, iaitu apa yang harus disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.
Ingatlah sedekah tidak semestinya ke arah kebendaan sahaja
renungkan sepotong ayat Allah (yang juga ajaran Rasul yang wajib) berbunyi: “…tentang sedekah dan orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan tenaganya (usaha mereka)” (At Taubah - 79)
Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa.

Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. ‘Senyum itu adalah sedekah’ (maksud hadis). 
Sekian

Sunday, 12 June 2011

Rasulullah SAW telah melihat satu lilitan seperti gelang(halaqah) yang dipakai pada tangan seorang lelaki, lalu baginda SAW bertanya lelaki itu, " Apakah yang kamu pakai ini?" Lelaki itu menjawab, "Aku menjadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan. " Lalu Baginda bersabda kepadanya,"Buanglah ia kerana sesungguhnya, benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepadamu melainkan kelemahan jua, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu tidak memperolehi kejayaan selamanya".
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya jampi, tangkal dan sihir adalah syirik." (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Baihaqi dan A1-Hakim)
 
Ulamak telah berkata, jampi adalah harus dengan tiga syarat:
1. Dengan menyebutkan Allah taala atau salah satu nama-Nya.
2. Dengan bahasa Arab dan apa yang dapat difahami maknanya.
3. Meyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah dengan ketentuan Allah jua.
 
Tangkal pula masih banyak digunakan oleh manusia. Saudara yang bertanya telah menamakannya sebagai "al-Jamiah". Setengah orang namakannya "al-Hirz" atau "al-Hijab" dan sebagainya. Kesemua ini ditegah oleh Islam.
 
Satu rombongan seramai sepuluh orang telah datang untuk berbai'ah dengan Rasulullah, tetapai baginda hanya menerima sembilan orang daripada mereka untuk berbai'ah dan mengecualikan seorang daripada mereka. Ketika ditanya, Rasulullah menjawab: "Di lengannya terdapat tangkal". Setelah dibuang tangkal tersebut barulah Rasulullah menerima baiah daripadanya.
 
Seterusnya baginda bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menggantungkan tangkal, sesungguhnya dia telah syirik."
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Hakim dan Abu Ya'la dengan sanad yang baik. (Maksud hadis ini salah menggantungkan tangkal dan hatinya yakin terhadap kekuatan tangkal itu.)
 
                                                                       
Mengenai tangkal atau azimat daripada al-Quran, setengah-setengah ulamak mengecualikannya, tetapi larangan ke atasnya adalah lebih wajar kerana terdapat beberapa dalil yang menguatkannya:
 
1. Hadis yang membawa tegahan adalah dalam bentuknya yang umum. Tidak dibenakan antara satu bentuk tangkal dengan yang lain. Ketika Rasulullah menegah seorang lelaki memakai tangkal, baginda tidak berkata kepadanya adakah tangkal itu daripada al-Quran atau tidak. Sebaliknya baginda menegah pemakaian tangkal dalam apa jua bentuknya.

2. Berdasarkan prinsip menutup pintu-pintu keburukan. Sesungguhnya sesiapa yang menggantungkan al-Quran sudah tentu akan menggantungkan yang lain pula. Orang yang melihatnya tidak mengetahui sama ada al-Quran atau tidak.

3. Ini merupakan penyalahgunaan al-Quran. Pemakai akan memasuki tempat bernajis, qadial hajat, beristinjak dan berada dalam keadaan janabah atau haid (bagi perempuan), sedangkan tangkal itu sentiasa terikat pada badannya.

Berdasarkan kepada hujah di atas, yang sahihnya, tangkal tidak dibenarkan. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud kepada orang yang menggantungkan tangkal:
"Sesiapa yang menggantungkan tangkal, maka tidak akan disempurnakan Allah baginya. Sesiapa yang mengikat azimat maka tidak ada pertolongan Allah baginya."
Inilah pengajaran Islam. Menjadi kewajipan bagi saudara yang bertanya membawa isterinya kepada doktor, sama ada doktor itu sendiri mengubatinya atau menyerahkannya kepada doktor yang pakar mengenai penyakit itu.
Mungkin keadaannya itu disebabkan oleh urat sarafnya kerana sawan dan sebagainya. Semestinya dia membawa isterinya menemui doktor supaya diubati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Berubatlah wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan suatu penyakit kecuali dijadikan juga ubatnya".
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Ashabussunan, Ibn Hibban dan Al-Hakim. Tarmizi mengatakan hadis ini adalah hadis sahih.)
 
Dalam sahih Bukhari, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya pengubatan itu adalah dengan tiga cara: Minum madu, berbekam dan besi panas."

Tidak berlaku kesembuhan pada tangkal, bacaan dan sebagainya. Sebaliknya ia terdapat pada perkara tabii iaitu semua kaedah perubatan yang dimasukkan menerusi mulut, termasuk juga penggunaan jarum (injection), berbekam (pembedahan) dan besi panas (sekarang ini penggunaan tenaga elektrik). Inilah antara kaedah-kaedah perubatan yang dibawa oleh Islam dan disyariatkan oleh Rasulullah.

Rasulullah berubat, berbekam dan dibawakan doktor kepadanya. Baginda menyuruh sahabat-sahabat dan umatnya supaya berubat. Maka lebih utama kita mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.

Kita berdoa kepada Allah supaya menunjuki kita apa yang diredainya, menyempurnakan petunjuk yang lurus dalam urusan kita ini dan memberi kefahaman kepada kita mengenai urusan agama hingga kita dapat mengetahui jalan yang lurus.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan amat hampir.

KATA KATA

Tetamu Senja ~ A. Samad Said

April 6, 2007              
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala


Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan


Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad


Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

Saturday, 11 June 2011

70 Dosa besar

  1. Syirik
  2. Membunuh Manusia
  3. Sihir
  4. Tinggal Sembahyang
  5. Tidak Mengeluarkan Zakat
  6. Tidak Berpuasa
  7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
  8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
  9. Memutuskan Silatulrahim
  10. Berzina
  11. Homosex
  12. Memakan Riba
  13. Memakan Harta Anak Yatim
  14. Mendustakan Allah SWT dan Rasul
  15. Lari dari Medan Perang
  16. Sombong
  17. Saksi Palsu
  18. Meminum Arak
  19. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
  20. Berjudi
  21. Menuduh orang baik melakukan Zina
  22. Menipu harta rampasan Perang
  23. Mencuri
  24. Merompak
  25. Sumpah Palsu
  26. Berlaku Zalim
  27. Pemungut cukai yang Zalim
  28. Makan dari kekayaan yang Haram
  29. Bunuh Diri
  30. Berbohong
  31. Hakim yang Tidak adil
  32. Rasuah
  33. Wanita yang menyerupai Lelaki
  34. Tidak Cemburu
  35. Cina Buta
  36. Tidak Suci Hadas kecil
  37. RIAK Mempamerkan Diri
  38. Ulamak Dunia (jahat)
  39. Khianat
  40. Mengungkit-Ungkit Pemberian
  41. Mangingkari Takdir
  42. Mencari Kesalahan Orang lain
  43. Menabur Fitnah
  44. Mengutuk Umat Islam
  45. Mengingkari Janji
  46. Percaya Kepada Sihir dan Nujum
  47. Derhaka kepada Suami
  48. Gambar pada Baju
  49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
  50. Mengganggu Orang lain
  51. Berbuat Zalim terhadap yang lemah
  52. Mengganggu Tetangga
  53. Menyakiti dan Memaki Orang Islam
  54. Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
  55. Melabuhkan Pakaian
  56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
  57. Hamba Lari dari Tuan
  58. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
  59. Menjadi Pak Sanggup
  60. Berdebat dan Bermusuh
  61. Enggan Memberi Kelebihan Air
  62. Mengurangkan Timbangan
  63. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah SWT
  64. Putus Asa Dari Rahmat Allah SWT
  65. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
  66. Meninggalkan Sembahyang Jumaat
  67. Mengurangi Wasiat
  68. Menipu
  69. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain 
  70. Mencela Nabi dan Sahabat Baginda 
 
Moga-moga dijauhkan dari dosa-dosa besar dan kemungkaran
 
Allah juga berfirman, maksudnya, “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135)

Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya, “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Orang yang bergembira dengan dosanya, Allah berfirman maksudnya, “Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah ayat 206)

Mereka yang berasa aman daripada azab Allah, Allah berfirman maksudnya, “Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Mujadalah ayat 7)

Perbuatan maksiat secara terang-terangan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit.” (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

 

KATA KATA

JANGAN LUPA DAN LALAI
dalam kehidupan seharian kita janganlah kita lalai
perkuatkan lagi keimanan
 Diakhir zaman ini bermacam kejahilan makin menjadi-jadi
mari kita bersama-sama membantu sesama kita menjauhkan dari kemungkaran,maksiat dan kejahilan
“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)
Tidak mahukah kita menjadi orang asing yang dikatakan itu?
asing bukan membawa maksud pelik tetapi berlainan dari orang yang jahil kerana akhir zaman ini sungguh banyak orang yang jahil.
SAMALAH KITA MEMBANTU SESAMA ISLAM!
 

Friday, 10 June 2011

CERITA DONGENG


              Kehidupan Ketika kecil
Pada usia 10 tahun A.Zulfikar Ali tidak seperti kanak-kanak yang lain yang suka bermain bersama rakan-rakan yang seusia.Tetapi lain pula si A.Zulfikar Ali  ini ia lebih gemar menolong bapanya membersihkan kebun,bercucuk tanam,membuat kerja kampung dan memperlajari silat dari pak ciknya yang merupakan guru silat yang disegani dikampung Raya ini.A.Zulfikar Ali seorang yang rajin,berdikari,berani dan menghormati orang tuanya.Suatu hari datang sekumpulan samseng yang datang membuat kacau di Kampung Raya seramai 10 orang samseng,sesiapa yang tidak memberi kerjasama akan dibunuh atau dicederakan.banyak penduduk kampung yang cedera dan terbunuh akibat perbuatan tidak perikemanusian samseng-samseng jalanan itu.
Khabar berita kedatangan samseng itu sampai ditelinga Pak Rahman iaitu Guru silat dikampung itu,tanpa melengahkan masa lagi pak rahman mencapai parang nya dan bersiap untuk berlawan."Cis!berani sungguh samseng itu membuat kacau dikampung aku!"katanya sambil menuruni tangga.setelah bergegas berlari ketempat samseng-samseng membuat kacau tanpa melengahkan masa pak rahman melompat menerkam samseng-samseng itu."Argh!!berani kamu semua membuat kacau ditempat aku!"sambil menghayut parang mengena kepala salah seorang samseng itu."Aduh!kepala aku!tolong aku Hassan!"menjerit samseng itu meminta pertolongan dari sahabatnya."Siap ketua kumpulan kamu?!"kata pak rahman sambil menunding parang kearah samseng-samseng itu."Aku lah ketua mereka!kau orang tua jangan masuk campur urusan aku"kata Hassan ketua samseng itu sambil mengeluarkan parang panjang."kau telah membuat kacau ditempat aku dan membunuh orang yang tidak berdosa tanpa sebab!"kata nya sambil membuka langkah untuk menyerang.Tetakan parang yang kuat dihayun oleh Pak Rahman kepada Hassan itu dapat dielak dan hassan membalas dengan tetakan parang yang laju berkali-kali tetapi dengan ketangkasan Pak Rahman dapat mengelak serang merbahaya itu,Pak rahman mencekam pergelangan tangan Hassan dan berjaya merampas parang panjang Hassan dari tanganya dan pak rahman memberi pukulan tepat ke dada dan mengunci pergerakan Hassan,Semua konco-konco Samseng itu lari bertempiaran meninggalkan ketua mereka seorang diri iaitu hassan yang jatuh ke tanah."hmm...Baru kau tahu siapa aku!"kata pak rahman sambil menekan muka hassan ke tanah."argh!lepaskan!lepaskan aku!"kata hassan sambil cuba melepaskan diri."Kenapa aku perlu lepaskan kau?"kata pak rahman membetulkan kedudukan."aku tak peduli lepaskan aku!"kata hassan sambil mengelupur diatas tanah."Baiklah aku lepaskan kau kali ini!tetapi ingat jikalau kau datang ke Kampung ini lg tidak aku teragak-agak untuk membunuhmu selepas ini!paham!"kata pak rahman sambil melepaskan hassan perlahan-lahan.Hassan terus berlari sebaik saja dilepaskan,hassan memusingkan badannya dan berkata."Hoi!orang tua!hari  ini hari kau!kau tunggu aku akan datang selepas ini untuk menuntut maruah ku kembali!"kata hassan sambil menunding jari kearah pak rahman.A.Zulfikar Ali kebetulan ada di situ dan berdiri disebalik rimbunan semak samun menyaksikan segala yang terjadi tetapi tidak sikit pon menakutkannya walaupun masih kecil tetapi makin bertambah semangatnya untuk menjadi seorang yang hebat berlawan dan mempertahankan diri seperti Pak Cik nya itu.Semenjak dari hari itu A.Zulfikar Ali lebih tekun berlatih dan mempelajari silat dari pak cik nya,Jurus demi jurus dapat dikuasainya dan buah-buah pukulan yang mantap juga diperolehinya hasil tekunan dan tunjuk ajar dari pak ciknya Pak Rahman,Ayahnya Pak mat hanya tersenyum gembira melihat anaknya yang meningkat dewasa tekun berlatih tanpa sedar kehadirannya."Zul!berehat dulu mak kau ada buatkan lempeng pisang kesukaan kau ni dia  suruh ayah hantarkan kepada kamu"katanya sambil menunjukkan dulang berisi lempeng."Owh ayah!tunggu kejap sikit saja lagi,Zulfikar nk berlatih sampai jadi mcm Pak cik!Zulfikar nak kalahkan samseng-samseng hari itu yang datang buat kacau!Zulfikar nak jaga kampung kita ni"kata yang sambil memperbetulkan kuda-kudanya."Engkau Zul kalau nk jd mcm aku kau kena berlatih dan jangan bermain-main kerna pertahanan diri bukan mainan,silap langkah binasa nyawa bukan boleh diganti"kata Pak rahman sambil menendang kuda-kuda A.Zulfikar Ali untuk menguatkan lagi kaki dan kedudukannya."baiklah cik!Zul akan igat sampai bila-bila pesanan ini"katanya dengan muka yang serius.Setelah beberapa lama,mereka pun berhenti berlatih dan berehat sebentar sambil minum petang dan makan lempeng pisang yang masih panas itu yang dibawa oleh ayahnya.kerana terlalu lapar habis lempeng itu dimakan hingga tiada satu cebisan ditinggalkan."huuuarggh!alhamdulillah,kenyang pak cik!haha"katanya  sambil memegang perutnya."jomlah Zul!hari dah hampir senja nanti emak kau bising pulak!"kata pak mat kepada A.Zulfikar Ali."baiklah pulang elok-elok kamu dua orang beranak,kirim salam aku kepada bini kau mat!"katanya sambil bersandar di dinding sambil mengulung rokok daun.
A.Zulfikar Ali dan ayahnya pun beransur pulang,dalam perjalan mereka pulang datang seorang orang lelaki dengan cemas berlari kearah mereka dan memberitahu sesuatu yang mengejutkan kedua mereka berdua!.............
Nantikan tulisan seterusnya!