Sunday, 6 January 2013

untuk mu wahai bunga


TIADA APA YANG NAK KU KATA KAN,
HANYA GEMBIRA MENGENAL MU,
WAHAI BUNGA CINTA HATI KU,
JAGA LAH DIRI KUAT KAN HATI,

TIDAK LAH PENTING KU DISISI MU,
HANYA DOA SEBAGAI PENGUBAT KU,
JIWA KU LUKA JIKA KAU LALAI,
JAGA PEMBERIAN YANG DI BERI,

MULA KU KENAL,KU PASANG NIAT,
INGIN MELIHAT BUNGA KU CANTIK,
BILA KU KENAL,KAU YANG TERBAIK,
KU NAMPAK HATI KECIL MU YANG MENARIK,

FIRASAT HATI INI  BERKATA,
TEMAN LAH BUNGA WALAUPUN JAUH,
WALAU JARANG BERSUA,JARANG BERKATA,
BERIKAN DIA KATA2 SEMANGAT,
KU SENTIASA DI BELAKANG MU,

KADANG HATI BERBISIK KATA,
KAU LAH ORANG NYA,
BANYAK BUNGA YANG KU JUMPA
TAPI KAU LAH YANG KU SELESA BERSAMA

WALAU KITA JARANG BERJUMPA,
TAPI CARA MU SAMA CARA KU,
PERSAMAAN KECIL BUAT KU SUKA,
BILA LIHAT AKAN DIRI MU,
ADANYA SAMA MACAM AKU,
TAPI BUKAN SEMUA,

BUKAN MULUT INI NAK MENGATA,
CUMA FIKIRKAN TANGGUNGJAWAB AKU,
,INGATLAH APA YANG KU KATA,
MUDAHAN BERGUNA DI MASA BUNTU,

BARIS KATA KU BUKAN NAK MENGHINA,
SEBAB HATI INI SAYANG DAN CINTA,
KU TEGUR MU WHAI BUNGA KERNA,
HATI KECIL MU MASIH ADA CAHAYA,

JANGAN LAH SIA APA YANG DIA BAGI,
JAGA LAH DIA,DIA JAGA MU,
JAGA YANG LIMA,JAGA MARUAH DIRI,
JAUH KAN  DIRI BENDA YANG KEJI.

KU CINTA SEBAB HATI MU,
ADAT MANUSIA SENTIASA SILAP
TAK PERNAH AKU PEDULI MASA MU YANG LALU,
HANYA KU CINTA PADA MU YANG BARU,

MUNGKIN KITA KAN BERJUMPA,
MUNGKIN TIDAK SELEPAS INI,
HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU
APA YANG BERLAKU SELEPAS INI.



Friday, 28 December 2012

wahai anak


indahnya khabar dari rupa,
banyak bahaya yang tersembunyi,
buta mata dengan perhiasan panas dunia,
jaga lah diri jaga lah hati

mata bersilang,hati pon songsang
macam mana hendak bilang
kalau puncanya hilang
jaga lah sayang jangan sampai hilang

hilang cahaya timbulnya gelap,
mencaci,mencuri,menjadi biasa,
berhati hati mencari cinta,
takut kecundang di akhirnya.

Tuesday, 31 July 2012

malam yang cerah


bila siang sudah semakin gelap
malam makin cerah tiada apa yang dilakukan
tiada kekuatan didalam hati
kaku diam termati
moga diberi yang kedua
untuk menghadapi hidup ini

Friday, 13 July 2012


berjalan di jalanan yang berliku
hampir terlupa pada yang satu,
banyak bersuka datangnya duka,
terlalu gembira hampir terlupa,

moga aku tidak tengelam,
sesudah aku tertinggal dibelakang,
moga Allah beri pertolongan,
untuk aku berada di hadapan

sayu di hati masih inginkan kemanisan,
tetapi lupa laku kebaikan,
hampir aku dijurang dalam,
moga aku tidak terjunam,

Ya Allah!bantulah kami,
bantulah aku yang lemas kekalutan,
hanya kau kami pohon,
jadikan kami orang yg memohon,

dan kami orang yang menzalimi diri ini,
memohon ampun kepada ilahi,
Ya Allah!masukkanlah kami dalam golongan yang sedikit ini.



Tuesday, 6 December 2011


Di akhir berbalik seperti awal semula,
Kekuatan sedang diranca,
Yang mencari pasti dapat,
Seperti yang tersurat,
Ku lihat DIA sedang mengatur yang terbaik,
Sedarlah suda hampir masa,
Yang sedar suda berhijrah,
Allah sedang memanggil semula tentera - tentera Nya,
Untuk kembali berkhidmat setelah lama di ulik mimpi,
Hanya menunggu masa gergasi yang sedang tidur untuk bangun.
BERSEDIALAH !
Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Wednesday, 28 September 2011

Biar putih tulang,jangan putih mata,
Peracun bangsa harus dihapus,
Pengkhianat harus diburu,
untuk menjaga kepentingan bangsa,

kerana nafsu berpecah semua,
harta dan gelaran jadi sandang utama,
hilang tiang runtuh lah rumah,
hilang perpaduan pecah lah bangsa.

Cukup Nya untuk aku


Permainan ku tiada berbunga,
Hanya langkah gerak biasa,
Bukan diajar untuk mencari nama,
Hanya bila maruah tercabar.

Ku belajar membaca si fulan,
Supaya nanti tidak kecundang,
Di akhir zaman banyak dugaan,
Bersiap sedia dengan sepersalinan pakaian.
Apapun jua cara permainan,
Bila sampai masa hanya tawakal caranya,
Hebat mana si fulan itu,
Semuanya berbalik kepada Nya.
 
Gerak selaras dengan usaha,
Dan tak lupa dengan doa,
Solat itu tiang agama,
 Bagi mereka yang mendapatnya.
 
Tanpa Nya kecundanglah kita,
Kerana dunia penuh beracun,
Persiapkan lah diri kita,
Walaupun dengan doa.